KEGANASAN RUMAH TANGGA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan oleh masyarakat. baru-baru ini, kita telah digemparkan dengan satu berita yang agak sensitif. Berita mengenai keganasan rumah tangga ini telah menjadi bualan setiap masyarakat malah juga begitu viral di media sosial. Apakah yang berlaku dalam kes ini? kisah ini mula kedengaran setelah seorang wanita telah membuat satu laporan polis atas dakwaan dirinya telah didera oleh suami beliau.
Sebab Berlaku Keganasan Rumah Tangga
Keluarga yang terbabit dengan keganasan selalunya mengasingkan diri dan tidak bercampur dengan jiran. Semakin menyepi, semakin banyak keganasan yang dilakukan terhadap isteri, anak dan ahli keluarga lain. Apabila kurang bergaul, faktor kawalan sosial berkurangan. Lelaki yang sering mendera juga memilih hidup terasing kerana tidak mahu orang lain tahu perbuatannya.
Persepsi tertindas di luar rumah juga akan menyebabkan suami atau isteri membalas dendam dengan melakukan penderaan di rumah. Persepsi ini tidak selalunya betul tetapi demi mengukuhkan ego diri, anak-anak dan isteri di rumah dijadikan mangsa.
Jenis-Jenis Penderaan Fizikal
Jenis-Jenis Penderaan Fizikal
- Pemangsa mungkin menyerang pada muka, tangan, badan atau kaki mangsa.
- Membaling atau merosakkan harta benda. Pemangsa selalunya membaling alat perkakas atau apa-apa sahaja yang mudah dicapai dan memusnahkan harta di rumah.
- Mencekik antara perkara biasa yang dilakukan pemangsa. Perbuatan ini memberi makna jelas bahawa pemangsa lebih berkuasa dan kuat sementara mangsa merayu memohon belas kasihan.
- Penderaan yang memalukan dengan menggunakan kata-kata yang tidak senonoh sebelum mendera secara fizikal.
Kesan Kepada Mangsa
- Isteri, suami, anak atau ahli keluarga yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga selalunya akan hilang harga diri dan malu kepada orang sekeliling. Mereka juga akan sentiasa mengutuk diri sendiri dan menerima bahawa mereka berhak didera kerana gagal memenuhi kehendak orang yang menindas.
- Isteri yang didera selalunya akan terasa dirinya tidak boleh menjadi isteri yang baik, rasa rendah diri dan hilang keyakinan diri.
- Anak-anak pula akan membina rasa benci kepada diri sendiri, lemah daya ketahanan dalam menghadapi masa depan, lekas terpengaruh dengan benda-benda yang tidak baik dan sentiasa menganggap dirinya tidak upaya melakukan sesuatu denga baik dan betul.
"Sebanyak 3,343 kes keganasan rumah tangga dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun 2015 dan daripada jumlah itu, 2,528 kes membabitkan golongan wanita.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, jumlah tersebut berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang juga rakan strategik kementerian.Menurut beliau, kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan melibatkan penderaan fizikal, mental, seksual, sosial dan ekonomi hingga menyebabkan mangsa mengalami trauma yang rumit." (PETIKAN DARIPADA AKHBAR UTUSAN 1 0KT. 2015)
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Sedia Bantu Mangsa
Wanita tidak diwujudkan untuk didera atau disakiti. Mereka mungkin lemah tetapi bukan untuk ditindas dan diperbuat sesuka hati seperti barangan. Ada pihak yang dapat membantu dan kekuatan untuk mengubah hidup anda terletak di tangan anda sendiri.
- Telenita 03-7570224
- WAO 03-7554426
- Pusat Krisis Wanita 04-2280342
- Pusat Khidmat Wanita 1-800-88-6787
Semoga kes keganasan rumah tangga tidak menjadi satu kes yang normal dalam kehidupan kita. Sentiasa lah menjaga keharmonian rumah tangga agar dapat menjalani kehidupan yang bahagia. Sekian sahaja entri saya kali ini.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment