PERANG SAUDARA DI SYRIA
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh..
Entri saya kali ini adalah berkisah tentang isu yang sedang berlaku pada hari ini. Isu tentang kekejaman yang berlaku di Syria dimana pemerintah negara itu sendiri bertindak kejam ke atas rakyatnya sendiri. mengapakah perang ini terjadi? saya difahamkan bahawa pemerintah kejam ini merupakan penganut syiah manakala majoriti rakyatnya pula penganut sunni. Perbezaan ini menyebabkan pemerintah Syria iaitu Bashar Al Assad ingin menghapuskan golongan sunni. Angkatan tentera yang berpihak kepada pemerintah telah mencetuskan perang saudara di negara tersebut. Maka yang menjadi mangsa adalah golongan sunni terutama bagi kanak-kanak yang tidak berdosa.
Pemberontakan Syria atau perang saudara Syria merupakan konflik dalaman yang masih berterusan, yang berlaku di Syria sejak awal 2011. Bantahan bermula pada 26 Januari 2011, dan meningkat kepada tahap kebangkitan pada 15 Mac 2011. Kebangkitan ini dipengaruhi oleh bantahan serentak di rantau Timur Tengah yang "belum pernah terjadi sebelumnya."[37][38] Para pembantah mendesak Presiden Bashar al-Assad berundur, parti memerintah Parti Ba'ath membenarkan parti politik lain, hak sama rata untuk orang Kurdi dan kebebasan politik meluas, seperti kebebasan akhbar, bersuara dan berhimpun.

Kanak-kanak Syria dibunuh kejam oleh rejim Bashar
Satu rakaman video viral yang memaparkan wajah suram seorang kanak-kanak Syria yang mengalami kecederaan dan keseorangan diri di dalam sebuah ambulan cukup menyayat hati. Kesuraman berada di garisan krisis yang sedang mengganas di Syria sejak beberapa tahun yang lalu jelas tergambar menerusi rakaman itu.
Omran Daqneesh, berusia lima tahun merupakan antara mangsa yang diselamatkan dalam serangan kejam tentera Basyar Al Assad.Omran yang mengalami kecederaan dilihat sedang duduk berseorang diri di atas kerusi dalam sebuah ambulan selepas dia diselamatkan - yang mana nasib ibu bapanya sehingga kini masih belum diketahui.
Diliputi debu runtuhan bangunan dan berlumuran darah, wajah muka Omran seperti berada dalam igauan trauma. Mungkin dia sendiri tidak memahami apa yang sedang berlaku di sekelilingnya, ataupun mungkin dia percaya yang realiti di hadapannya hanyalah satu mimpi.Rakaman video berdurasi 2 minit menunjukkan Omran dibawa masuk ke dalam ambulan tersebut oleh seorang penyelamat yang berada di lokasi kejadian.
Lebih menyedihkan, walaupun Omran sedar dahinya mengalami pendarahan, dia tidak menangis malah hanya duduk senyap sambil menunggu mangsa lain.Penyelamat dilihat menyelamatkan empat lagi kanak-kanak sebelum mereka dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Rakaman itu dipercayai dimuat naik oleh seorang doktor yang bertugas di kawasan bergolak itu.
Menurut laporan CNN, tiga orang maut dan sekurang-kurangnya 12 yang lain cedera dalam serangan yang berlaku di Aleppo pada Rabu. Video dan juga imej daripada pengeboman itu disebarkan di media sosial sudah pasti menjadi satu peringatan yang hebat akan krisis yang sedang berlaku di bandar Syria.
Mengikut statistik Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), 60 peratus kanak-kanak pelarian di Syria tidak menerima pendidikan yang sewajarnya terutamanya anak-anak pelarian Palestin.
Suatu ketika dahulu Aleppo dengan penduduk sekitar 2.3 juta merupakan sebuah bandar raya terbesar di Syria yang berjaya menambat hati pelancong, bahkan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Kini, bandar yang antaranya menempatkan masjid yang hebat pada abad ke-12 dan pasar tertutup Souk kini musnah.
Malang sekali, pemimpin dunia Islam ‘membisu’ untuk bertindak tegas dan menghulurkan bantuan yang diharapkan. Tanpa tindakan segera yang bersepadu, kita akan sekadar mengulangi satu lagi bencana kemanusiaan seperti mana di Bosnia. Biarpun ‘pokok pisang sememangnya tidak berbuah dua kali’ tetapi kegagalan untuk menyelamatkan orang awam yang terperangkap di Aleppo bagaikan mengundang berulangnya pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica ketika Perang Bosnia 1995.
No comments:
Post a Comment